Hari ini biarlah aku berdekusi mengenai seorang sahabat.
Mungkin ayat tidak puitis hari ini sebab nanti orang tak faham aku tulis apa / aku yang tidak pandai menulis sehingga sanggup merapu sesuka hati ikut otak. Dah. Aku berhenti.
Ini.
Ada suatu cerita dulu-dulu.
Tentang seorang manusia biasa tapi diri luar biasa.
Bukan calang-calang orang macam dia.
Dia seorang insan bernama permata.
Full namenya ; Noratiqah bt Adib. *perlu dibesarkan ke?* perlu kot. Aku ulang. Noratiqah bt Adib.
Yes. Jelas. nama singkatan Tikadip. Mengapa tikadip? *macam chikades ke* sebab ayahnya adib -.- gabungan namanya juga ayahnya kerna di dalam kelas aku terdapat banyak manusia bernama Atiqah. Hanya 2 orang. *tapi ramai lah tu 2 orang*
Ok.
Aku ceritakan mengenai dirinya.
Juga perwatakannya.
Dia ini seorang yang petah bicaranya. Pandai berkata. Setiap bait yang diucapkannya aku teliti juga terpana kadang terketawa seketika. *lucu*
Pabila dia melontarkan kata kata yang metabolisme, Dush. Aku cemburu. Hebat pencak bahasanya.
Kedua ;
Bukan calang manusia minat satu subjek yang power. Yang boleh buat semua tertidur mendengarkan kisah lama. SEJARAH.
Ya. Dia minat sejarah juga memahaminya kerna ayahnya suka mendendangkan cerita kisah lama kepada dia.
Dia suka mengajarkan kepada rakan sekelasnya.
Baik sangat. *kadang tidak*
Ketiga ;
Orangnya comel. Kurus pula. Makan banyak mana sekalipun tetap LIDI. Lagi sekali. Aku cemburu. Satu lagi cerita bahawa ibunya lagi kurus darinya. Manusia ini separuh femininos, separuh ganas. Entah. Tapi aku rasa dia ini memang feminin kadangkala barangannya miliknya kebanyakannya berwarna merah jambu. *nyampah sungguh*
Keempat ;
Minat warna seperti baby blue. Kek kegemarannya Red Velvet. Obses terhadap VINTAGE. Macam dulu-dulu. Klasik mungkin.
Kelima ;
Ramai tahu *kot* dia ni seorang blogger berjaya. Dia kata ini kerja part-time nya. Sebabtu lah boleh mencapai tahap ribuan followers yang suka berkunjung ke laman webnya yang terkemuka. Eceh. Feeling famous gitu.
Keenam ;
Siapa sangka insan istimewa ini dikurniakan tangan yang handal menconteng karya. melukis komik. Melukis lah maksusnya. Tiap kali dia ni menjadi orang penting yang selalu melakar sesuatu yang hebat. Suka menolong aku yang memintanya melukis yang aku suka. Lukisannya diluar jangkaan. Suka melukis mengikut imaginasinya tersendiri. Contoh;
PEH. Cemburu. Skill tangan melukis dia. Hamboihh. Ok.
Ketujuh ;
Entah dia special. Aku pun taktahu. Kalau dia diam je taknak bercakap. Sometimes, she need to be alone. Bertafakur. Mengenang sesuatu untuk diri dia. Jadi, aku pun biarkan sahaja. kadangkala geram pun ada sampai bila nak bersendirian.
Dia ni kelakar orangnya. Spontan je. Sebab gaya dia cakap, pun oleh jdi lawak. Entah.
Semua tentang dia aku suka. Entah memang suka. Hehe.
Budak kawad kaki sama macam aku.
Budak berbeza. Entah. Unique lah katakan. Suka menconteng apa sahaja yang berada disekeliling. Buku nota, buku teks segala macam buku penuh dia conteng anime bagai. Sampai cadar dan bantal pun dia bantai.
Pembersih orangnya. Tak suka tengok benda berselerak. Ada satu hari aku buka loker dia dan kami kemas bersama. Tahu manis.
Hehe. Dedikasi buat kau wahai sahabat,
Sejauh mana kita berpisah,
Doa aku sentiasa mengiringimu walau dimana engkau memijak bumi.
Selangkah mana kau berlari dan jatuh berkali,
Ingatlah aku bersedia menghulur tangan saat kau terluka buat sekian kali.
Dan andai kau jatuh suatu hari,
Bangkitlah sendiri kerna aku suatu hari akan pergi.
Jangan biar dirimu rebah kerana kau futur menghadapi cabaran.
Terima kasih bantu aku dalam segal hal tika mudah mahupun payah.
Kau tahu?
Allah kurniakan aku seorang sahabat yang unik tetapi dapat membimbing ummah.
Satu hal kau perlu tahu ;
Aku menyayangimu kerna Allah hadirkan rasa cinta aku kepada kau wahai sahabat (:
Terima kasih atas segala yang kau lakukan terhadap diri aku. Aku tidak minta apa-apa balasan. Cuma tariklah aku andai aku jatuh ke jurang kebinasaan dan bawalah aku menuju ke syurga firdausi.
"True friendship isn't about who came first and who you've know the longest, It's about who came and never left."
Semoga frenship akak berkekalan sampai syurga, in sha Allah. *cewahhh* Btw, dh follow :)
ReplyDelete