Friday, February 28, 2014

Kau lelah?



Assalamualaikum pembuka kata.

Penat harungi ujian hidup yang ekstrem ni?

Penat mencuba setiap apa yang kau tempuh setelah kau tahu selepas itu kau gagal?

Penat? Lelah?

Buangkan sifat negatif yang berlegar diminda.

Jika kau merasa penat dengan apa yang kau cuba, ingatlah pasti ada kemanisan dibalik kejayaan yang bakal kau kecapi. 

Tapi yang membezakannya ialah cepat atau lambat je.

Yang mampu kau buat hanya Sabr.

Allah nak uji tahap mana keimanan kita terhadap Dia.

Jadi setiap apa yang kau cuba itu jangan mudah lelah.

Biar badai melanda, biar calar dianggota menusuki Qalbu jiwa, biar.

Biar semua calar balar, asal kau tak berhenti mencuba.

Jika kau berhenti mencuba, kau berasa lelah yang teramat, ingatlah perjuangan kau sampai disitu sahaja.

Kau takkan dapat apa yg kau nak.

Tapi kalau kau teruskan cuba, tingkatkan usaha,

Ingat,

Manis itu selalu ada :)