Saturday, February 15, 2014

Persoalan (versi aku)



Bismillah.
Mungkin sudah lama tidak bersua, aku sudah lama merindui kamu semua.

Mendapat ilham dari post sahabat aku yang sentiasa lantang bicaranya di alam realiti.
Juga hebat pencak bahasanya di alam maya.

Kalaupun orang tanya apatah lagi yang tidak bertanya ataupun persoalan mereka selalu terkubur di minda,
aku akan jawab.

Mungkin mereka akan tanya (mungkinah kot) ;
"Kenapa kau suka tulis post panjang berjela? Tak takut ke nanti takda orang nak baca?"

Boleh jadi aku senyum sampai menampakkan barisan gigi ku yang ku kira belum patah lagi.

Dan mungkin aku akan menjawab ;
"Aku bukannya apa, biar panjang penuh makna, penuh isi dan penuh segalanya sebab aku nak uji tahap kekuatan otak manusia. Juga aku nak lah latih sikit manusia yang malas membaca ni biar hati mereka ingin membaca post aku lagi dan lagi macam otak mereka akan kata 'apa akan berlaku seterusnya?' takpe biar dilatih sedikit demi sedikit biar tajam balik segala otak mahupun akal atau segala macam organ manusia yang sudah pun tumpul tu." 

Bukan apa cuma nak manusia harini jadi rajin sikit.

Jangan kau anggap perkara ini remeh kerana seumur hidup kau perlu dilatih.

Kalaupun sahabat aku itu suka menulis post yang pendek tetapi ringkas juga padat,
Aku suka menulis post yang panjang tetapi punya usaha latih mentaliti manusia dgn izin kuasa Sang Pencipta.

Sekarang kau nampak perbezaannya? Walau tak sama tapi tetap punya tujuan yang sama,
Kau Hayati tiap bait lirik kata.



5 comments: