Saat awan bergerak menjalankan tugasnya,
Saat laut bergelora di hujung timur sana,
Saat matahari menaikkan sinarnya pada manusia,
Saat manusia terbuai lena oleh mimpi kiriman dunia,
Saat itu aku tersedar.
Menyedari sesuatu.
Dan persoalan itu mulai timbul dalam diri yang hina.
Begini.
Siapa yang dalam dunia ini yang tidak mahu berjaya?
Tipu.
Mana ada.
Semua punya cita.
Semua punya niat murni.
Semua pasang niat untuk berjaya.
Aku terfikir mengapa manusia inginkan kejayaan?
Mereka mengimpikannya sama seperti aku.
Ye.
Mencapai kejayaan tanpa halangan adalah mustahil.
Banyak halangan yang tiba saat kita mahu mengecapinya.
Ada yang jatuh tika hampir memilki tuju jaya,
Ada yang mahu berjaya tapi entah kenapa nasib selalu tidak menyebelahinya,
Ada yang saling dengki mendengki sehingga sanggup menjatuhkan sahabat sendiri,
Dan macam-macam lagi.
Bukan senang.
Bukan mudah.
Bukan kacang.
Dengan cara Allah memberi kau bermacam ujian,
Sebenarnya Dia sedang menguji tahap keimanan kau berada di mana,
Dan sebenarnya dibalik kepahitan itu ada kemanisan yang tersembunyi.
Bagaimana rasanya gagal?
Tak seronok.
Rasa nak nangis.
Cemburu dengan orang lain.
Kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat buat yg terbaik.
Salahkan pihak lain.
Sakit hati.
Pedih sangat.
Bagai dihiris sembilu.
Peh.
Penangan dia hebat.
Daebak.
Rasa nak belasah sesiapa.
Bukan begitu?
Tak perlu.
Jika sudah berusaha dengan sungguh-sungguh,
tak apa.
Kerana rezeki kau bukan disitu kerna Allah telah merancang dengan sangat teliti takdirmu.
Bila fikir balik yang tahun depan aku akan bertukar kelas disebabkan sistem sekolah,
Hati memberontak.
Ramai macam tu.
Sebab dah 2 tahun tak tukar kelas.
Siapa yang nak?
Tapi hati sudah redha.
Akal mula memberi idea juga hati memberi kata perangsang kepada aku,
Tak payah takut tukar kelas, buat apa nak takut?
Itu cuma sistem.
Bukan kelas faktor utama yang menerangkan kita ini cerdik atau kurang cerdik.
Kita ini pesaing.
Ramai yang bersaing.
Sebenarnya ramai yang cerdik pandai,
tapi bukan dalam subjek itu atau bidang itu,
Semua cerdik pandai.
Kelas hujung atau kelas depan takda perbezaan.
Jangan hina menghina.
Jadi,
nak berjaya bukan mudah ada halangan yang menanti sebelum anda mengecapinya.
Berusaha lebih.
Berdoa.
Itu penting.
Sudahlah.
Aku ini bukannya mahir berbicara juga aksara.
Hanya tahu merapu dengan menaip apa yang berada di minda.
Maaf jika ada kekurangan.
Sekian.
Assalamualaikum.
everything happens for a reason..hmmm..setuju ngan kau mon..:)
ReplyDelete