Monday, August 5, 2013

Ujian.

                                          

Harini awan bergerak seperti biasa. Cuaca pun normal. Angin macam biasa meneruskan amanahnya untuk memberi kita udara. Alhamdulillah.
Aku nak tanya. Korang pernah kena ujian tak? Mestilah pernah kan, kalau tak pernah tu aku taktahu lah dia datang dari mana ((gurauan semata))
Apa yg korang rasa masa diberi ujian oleh-Nya? Maksud aku disini First Impression.
Aku berpendapat bahawa manusia ini lain ceritanya, lain ragamnya, lain juga perasaannya. Kerana apa? Kerana sesetengahnya ada yang mengeluh. Ada yang sabar. Ada juga yang mencaci maki. Allahu.
Cuba kita berfikir sejenak dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang mana Allah telah berfirman ;


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan saja dengan mengatakan : 'Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi (2) Dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta (3)."

Ya. Kalau kita nak masuk syurga tak akan kita masuk secara percuma? Mesti ada cabarannya kan? Sedangkan Rasulullah pun diuji dengan balingan tahi drpd orang kafir. Baginda juga mampu bersabar malah mendoakan lagi. Sungguh hebat iman Rasulullah. Jikalau kita? Mungkin iman tidaklah sehebat baginda tetapi cukuplah kita bersabar di atas tiap-tiap sesuatu perkara. Mengapa? Ini kerana disebalik ujian yg ditimpakan, Dia telah menyelitkan setiap pengajaran agar kita semua bangun dari tidur. Kenalah ingat bahwa sesungguhnya Dia menciptakan segala isi alam ini bukanlah sia-sia. Pasti ada hikmahnya.

Aku bagi contoh;

Masa jerebu melanda Malaysia. Wah. Kecoh. Aku pun. Sama je.
Ramai yg mengeluh sebab tak nampak jalan lah, nak hirup udara segar pun takboleh lah, ramai yg sakit lah apa lah. Macam-macam. Dan ada juga yg lain ceritanya, dia berpendapat bahawa manusia ni tak reti nak bersyukur. Yelah bila diberi nikmat udara yang segar, dibakarnya hutan-hutan. Sungguh inilah sikap manusia. Jadi Allah menimpakan kepada penduduk Malaysia dan jiran jiran Malaysia jugak kena jerebu sebab Dia nak uji iman hambanya, Dia nak tengok mana yang mampu bersabar sambil berfikir tentang bencana alam yang ditimpakan. Orang-orang yang beriman ini kena Allah uji untuk membuktikan kebenaran pengakuan imannya. Allahu.
Lain-lain ujian seperti berjihad melawan musuh yang menyerang, ditimpa kemiskinan, gagal dalam peperiksaan besar, menderita sakit yang parah dan juga musibah yang melibatkan harta dan jiwa.
Kita kena ingat. Sabar adalah salah satu kunci ke syurga. Walau besar mana pun ujian melanda, tinggi mana pun, panjang, pendek, gemuk mana pun, teguhkan iman kamu.

"Sebab apa Dia pilih kamu? Sebab kamu adalah orang yang terpilih untuk diuji. Bukan calang-calang orang Allah tu nak uji tau. Specialnya kamu di hadapan-Nya. Maka beruntunglah."

Aku taknak taip banyak.
Cukuplah sekadar pengalaman. Ayat suci. Dan cerita. Mungkin juga info baru buat kamu semua.
Semoga perkongsianku ini dapat kamu sebarkan. Wallahua'lam. Sekian dari aku buat kamu. Wassalam.








3 comments:

  1. siyes nice! :DD
    tengok, kau buat post lagi shemmat dari aku. Jeloss, kay. :P

    ReplyDelete
  2. Hahaha wehh kau punya lagi semart, Ayat aku kalah dgn ayat kau weh haha :)

    ReplyDelete
  3. Awww semart gila Paien punya bloggie! Erghh jealous sangat ;)

    ReplyDelete