Tuesday, August 6, 2013

Kau pergi.


Bismillah aku mulakan.

Sungguh pantas masa berlalu. Begitu pantas. Dan sedar tak sedar Ramadhan cuma beberapa hari hendak meninggalkan kita. Kemudian bertukar menjadi beberapa jam, minit seterusnya bertukar kepada saat. Sungguh. Hati ini terasa sayu. Hendak meninggalkan bulan yang mulia ini.

Walau berat hati ini untuk menerima hakikat bahwa Ramadhan akan pergi, tetapi aku harus akur dengan kententuan Ilahi. Aku rasa Ramadhan kali ni bagi aku sedikit kesedaran terhadap orang yang miskin, pergolakan di Mesir, Syria, Gaza dan Palestin. Betapa payahnya mereka yang terpaksa berhadapan dengan musuh-musuh Allah.

Suatu hari sahabatku bertanya kepadaku ;

"Eh, kau tak rasa ke puasa tahun ni sekejap sangat?"
"Rasa. Kenapa?"
"Takdelah aku rasa harini macam 10 Ramadhan tapi bila ingat balik harini dah 20 Ramadhan weh."
"Hm kita ni dah makin dekat dengan mati. Mungkin ini salah satu tanda kiamat weh."

Ingin sekali hati aku mahu bertanya kepada semua umat islam di dunia. Andai aku mampu. Tetapi apakan daya, hanya mampu menulis nukilan sendiri disini. Apakah yang kamu rasa tentang Ramadhan kali ini? Berjayakah iman kamu untuk menahan nafsu? Apa perkara yang kamu isi di bulan ini? Dan macam-macam. Seribu satu pertanyaan aku aku fikirkan. Alangkah indahnya jika Ramadhan kali ini memberi impak yang besar buat diri kita untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.

Ramadhan akan pergi. Ye. Dengan meninggalkan kita semua.
Kalian tahu bagaimana situasi di Mesir, Jordan, dan di negara Arab sana jika Ramadhan meninggalkan mereka? Biar aku beritahu. Mereka menangis. Ye menitiskan air mata. Tak kira baik lelaki mahupun perempuan. Mereka sangat sukakan Ramadhan. Kerana pada bulan ini lah pahala amalan akan digandakan. Begitu iman mereka sangat kuat.
Dan bagaimana pula kita yang di Malaysia? Bila Ramadhan hampir melabuhkan tirainya, semua sibuk membeli sakan di pusat membeli-belah kerana katanya ada potongan harga yang gila. Allahu. Masjid juga semakin berkurangan dengan kereta-kereta. Cuma yang ada orang-orang tua yg merasakan Ramadhan tak perlu disia-siakan dengan begitu sahaja. Cukup. Kita sendiri yang dapat menilainya.

Dan dikesempatan ini, aku ingin meminta maaf pada yang mengenali diri ini ataupun tidak jika kata-kataaku ini meyinggung mana-mana pihak, terkasar bahasa sesama manusia, termelatah perkara yang tak sepatutnya, membuat onak pada sesiapa. Sungguh aku ini juga manusia. Seperti kamu. Yang tidak lari dari membuat kesilapan. Aku sangat memaksudkannya. Sekali lagi aku meminta maaf kepada kalian semua. Sekian dari aku buat kamu.

4 comments:

  1. pergh ayat dia gempak gila paien! Ehm kite pun minta maaf sangat2 kalau ada terkasar bahasa tersilap bicara. Mohon ampun dan maaf zahir dan juga batin ye Paien. Semoga ada lagi Ramadhan buat kita tahun depan. in sya Allah :')

    ReplyDelete
  2. Haha biasa sahaja :D Kita pun nak minta maaf juga klau ada salah silap ye :) InshaAllah kita akan jumpa lagi Ramadhan tahun hadapan :')

    ReplyDelete
  3. Omoo~ nice sharing, Paien. :DD

    ReplyDelete