Jatuh.
Bukan nak suruh korang jatuh basikal, jatuh tangga, jatuh hati, jatuh cinta.
Sekali pun tidak.
Ini cerita dari aku,
Sebuah cerita yang hebat,
Magis.
Yang bisa mematahkan sendi-sendi yang tegak berdiri.
Jatuhlah air mata.
Jatuhlah saat kita sujud dihadapan Sang Pencipta yang Maha Agung.
Kerana menangis dihadapan Ilahi satu kelebihan yang tak dimiliki sesiapa.
Kenapa?
Tak boleh?
Belum cuba belum tahu.
Kau tahu nak menangis ni susah?
Bagi aku susah sangat. Sebab apa, sebab hati tu dah hitam. Dah kotor. Sebab tu jugak kadang-kadang nak menangis macam nak taknak.
Ok.
Bila jatuh je air mata kau, ego kau pun jatuh. Itu bagus.
Kalau orang yang ego dia tinggi macam KLCC, panjang macam tembok besar china nak menangis, satu kemungkinan susah nak menangis.
Tolong. Tolong sangat-sangat kau rendahkan ego kau untuk menangis untuk menggapai redha-Nya.
Kau taktahu penangan bila air mata jatuh kan?
Nak tahu?
Rasa dia .................................. Nikmat sangat.
Sebab kita ini hamba je. Level kita rendah sangat. Kau patut tahu tu. Jadi bila kita ingat kat Allah bila kita kenang dosa lampau, bila kita tahu Allah tu segalanya, selalu berada di sisi tak kira susah mahupun senang saat itu kita akan rasa kita dah luah segalanya. Luahkan segala isi hati dalaman semua. Rasa tenang tak terhingga. Hingga kita rasa nak lagi nak lagi.
Jangan risau. Aku dan sahabat aku pernah rasa.
Sudah alami.
Saat berbicara dengan tuhan pada malam yang indah dan tenang itu nikmat.
Menangis lah.
Tolong.
Bersihkan jiwa.
Wahai manusia.
To be continue..........
No comments:
Post a Comment