-----------------
Manusia yang penuh dosa,
Bukan kehendak dia semata,
Tetapi nafsu yang mengawalnya,
Dia hidup di dalam kejahilan nyata,
Tanpa ada satu pun insan yang mahu menghulurkan bantuan,
Kini dia sedari suatu hakikat,
Bahawa dunia ini penuh cabaran,
Penuh dugaan,
Juga penuh permainan yang dia harus lalui dan harus tempuhi
tanpa bantuan seorang manusia kerana pada hari ini,
ada suatu kebenaran di depan mata yang mana kehidupan manusia pada hari ini adalah kerana ;
ingin berlumba semata,
mengejar populariti melalui topeng yang bernama agama,
Hanya kerana mahu mendapat pujian di mata ahli dunia yang mereka tahu akan fana,
Dan kerana itu jugalah mereka menyangka mereka itu sungguh mulia dihadapan mata manusia.
Bagi aku mereka hanya bertopengkan manusia,
Berdakwah semata,
tetapi hanya perlu pujian semata.
Mujur,
dia tidak terus hanyut di alam yang bernama kejahilan.
Ada seorang yang mahu menariknya kembali,
ada seorang yang mampu mengenalkan dia kepada tarbiyyah,
Dia,
Sahabat yang dikirimkan oleh Ilahi
supaya dia sedar akan ini semua,
Tipu semata.
Jahil.
Sungguh jahil diri yang dulu,
sampaikan mata sudah kabur melihat yang benar.
Peringatan ku kepada semua,
Jangan kau melihat suatu keburukan dengan sekelip mata,
Dan kau anggap ia semuanya buruk tentang dia,
Jangan salah pemikiran kau tentang seseorang.
--------------------------------------
BERSAMBUNG .
No comments:
Post a Comment