Dulu Palestin hampir jatuh, Lepas itu Syria hampir jatuh, Gaza pun. Sekarang? Mesir, Ya sekarang mereka. Wah hebatnya dunia. Makin parah nampaknya.
Pergolakan di Mesir semakin parah. Allahu.
Mereka yang tidak bersalah,
Mereka yang tidak bersenjata,
Mereka yang kaum hawa,
Mereka yang masih kecil,
Juga mereka yang tidak berdosa,
Dibunuh dengan begitu kejam.
Darah berlumuran sana sini. Membasahi tanah Mesir. Bagaikan banjir.
Apa darah muda kalian tidak membuak-buak marah? Tidak memberontak melihat kekejaman di Mesir sana? ((fikir sendiri))
Jadi kalian. Aku update post ini bukan untuk mendapat pujian. Jauh sekali. Aku cuma memberi peringatan. Buat diri yang mudah lupa akan saudara kita yang jauh disana. Walau diri tak mampu pergi berjuang di sana, cukuplah sekadar kau memohon doa dari-Nya. Itu senjata kita.
"Wahai saudaraku di Mesir, kuatkanlah dirimu semua. Janganlah jatuh buat selamanya. Naikkanlah panji kemenangan, Kau semua harus tabah menghadapi ini semua. Aku tau kamu kuat. Janganlah bersedih. Aku mahu kamu semua tahu bahawa seluruh penduduk langit mahupun dibumi ini bersamamu. Doa kami akan sentiasa mengiringi mu! Berjihadlah demi agama-Nya!"
Post ini bukan berheni disini sahaja. Ada lagi.
Aksara aku tidaklah sehebat mana, tetapi mungkin berbisa. Walau tidak menyentuh qalbimu. Walau tidak menyentapkan dirmu. Sekian. Tadah tangan dan berdoalah untuk saudara kita di Mesir, Syria, Palestin, Gaza, Afghanistan dan di mana sahaja.
Allahu rabbi. Smoga Allah bg mreka keamanan :(
ReplyDelete